Tuesday, June 28, 2011

rama-rama patah sayapnya


T_T

ayuh ke camp!

sedar tak sedar dah lebih 3 bulan saya bergelar doktor pelatih. kalau di india, panggil intern. kalau di Malaysia dipanggil HO/Houseman. tapi tak bermakna saya tak payah buat HO di Malaysia. intern di india is a part of med course. maksudnya, u won't get "BACHELOR OF MEDICINE & BACHELOR OF SURGERY" atau disingkatkan lagi MBBS if u didn't finish your intership. so bila saya balik Malaysia, saya masih kena buat 2 tahun HO tu. Tak, saya tak rasa rugi. ini kan pengalaman.

saya sekarang dah selesai dgn 4 department; Surgery Department selama 1 stgh bulan, Psychiatry Department selama 15 hari, Dermatology  (skin) department selama stgh bulan, Ophthalmology (eye) selama 15 hari. dan skrg berada di Otorhinolaryngology department (Ear Nose and Throat a.k.a ENT) juga selama 15 hari yg akan berakhir pada 30 june ini sebelum berpindah ke Obstetric&Gynaecology department utk posting selama 2 bulan.

Kami, intern2 di KMC akan dibahagikan kepada 2 hospital. KMC hospital atau pun Wenlock Government Hospital. dan jika ditempatkan di KMC hospital, intern tidak lari dari satu duty yang kadang2 memberatkan hati iaitu CAMP DUTY. camp duty bermaksud intern yg bertugas harus pergi ke camp2 yg dianjurkan oleh KMC hospital di luar hospital. "berat" disitu bila kem yg ditugaskan kat rural areas. perjalanan ke kem mungkin mengambil masa satu jam ke atas.

selama saya bertugas di KMC hosp (tak pernah dapat wenlock), saya berpeluang utk ke kem sebanyak 5 kali. sekali semasa di Surgery , sekali semasa psychiatry, sekali semasa di skin, dan 2 kali sejak saya di ENT.

masa first time pergi camp, saya tak boleh tidur malam. takut sbb baru je start intern 2 minggu, dah kena pergi kem. ilmu surgery saya masih cetek. malam tu jugak lah saya bukak balik buku pharmaco yg dah berabuk, juga buku surgery yg digunakan sms menjadi UG. alhamdulillah pengalaman pertaman kem tak begitu teruk sebab hanya ada 5 org patient ke meja "surgery".

2nd camp, semasa di psychiatry. saya beruntung sbb dpt pergi bersama dgn seorg Senior Resident yg baik. macam2 dia ajar. Masa tu mmg boleh tgk bermacam2 kes psychiatry. oh kem pscyhiatry lain sikit. tempat dia err..taktau nk describe tmpt tu mcm mana, tp tempat tu mmg dihuni oleh lebih kurang 70-80 mentally ill patients. kalau pesakit tu teruk sgt, mereka akan dibawa ke KMC attavar utk rawatan rapi.

3rd camp semasa di skin. Hah! masa ni pun nervous jugak. kat OPD boleh laa sikit diagnose dgn pertolongan co-intern dan juga postgrads. tapi bila pergi kem, semua skin lesion hampir sama aje. nasib baik la tak terconfuse dgn basic lesions. pakcik translator tu pulak asik ckp apsl semua org saya bagi Tab. Cetrizine? hah. siapa amek medicine sila jawab soalan pakcik ni :)

4th camp semasa first day kat ENT. dah la first day, masa tu mmg cuak sbb x sangka kena pergi camp so tak prepare apa2. segala jenis penyakit ENT semua mcm kena delete dr otak ni. satu ubat pun utk ENT aku taktau. yelah, dulu blajar teorinya aje, skrg nak praktikkan secara mendadak, siapa tak cuak. Brand names** utk ubat2 ENT pun x kenal mcm mana nk bg kat patient.Alhamdulillah, mirra dgn pantas menulis ubat2 yg dia tahu masa dia posting ENT dulu sblm aku naik bas, terima kasih mirra! dalam bus, sister ckp "don't worry. i'll help you. it is just medical check up, so if it normal u just write normal, if something has to be done, u send reference to hospital" hah. lega sket aku masa tu. Hari tu, school camp, dan turn saya haritu dapat budak 1st standar, UKG and LKG age ranging from 4-6 years.

saya : hi what is ur name?how are you?
budak : (diam)
saya : can you speak english?
budak : (diam)
saya : (sah xleh ckp english) thondare unta? (do you have any complaint?)
budak : *geleng*
saya : keevi novu unta? moogu novu?gantalu novu? (do your have ear pain?nose pain?throat pain?)
budak : *geleng*

tapi bila di cek lubang hidungnya, mak aih! penuh mucous. haih laa budak2 ni.. nak gelak pun ada.. rasa frustated pun ada.. haha.. nasib baik anak org.. nasib baik comel...


ada jugak yg bila ditanya ada problem tak, malu2 nak jawab lepas tu bisik kat telinga saya "sitta bartada" (i have running nose).. haha.. comel2

camp ke 5, juga di ENT, juga school camp.Bertempat di Palakunhu, Kerala. Kerala adalah state yg lain dari state saya menetap (Karnataka). jadi perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa 2 jam. tapi tak rugi sebab sepanjang perjalanan agak menyenangkan mata










North kerala memang dihuni oleh ramai muslim. Rasanya dalam 90% muslim. sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap kilometer pasti ada masjid. tapi hanya beberapa sempat di capture memandangkan pakcik yg bawa laju + kenderaan yg menghalang pemandangan


Sekolah tersebut merupakan Islamic school yg menggunakan English medium. jadi saya mula2 ingatkan senang nak berinteraksi dgn student2 disana. lagi2 co-intern2 saya yg dah pergi ke camp di sekolah tersebut cakap semua student pandai berbahasa inggeris. tapi siapa sangka, sekali lagi saya dapat student 1st standars, UKG dan LKG. students 1st standard boleh tahan lagi sbb kebanyakannya tahu basic english.
bila masuk UKG dan LKG. mmg rasa nak nanges ada agaknya. kalau sekolah yang dulu, saya masih boleh cakap kannada. tapi yang ni, di kerala!kerala guna bahasa malayalam yang saya tak tahu!

saya : sit down *senyum* what is your name?
budak : my name is fathimathusyifa
saya : syifa?
budak : *geleng* fathimathusyifa
saya : (yelah2. saya panggil nama penuh). fathimathusyifa, can you speak english?
budak : (senyum. sambil tekulat2. pastu geleng kepala)
saya : (ah sudah. camne ni?body langguange lah nampaknya)*tunjuk telinga* pain?okay?
budak : ear
saya : (eh ada ear pain ke?) *tunjuk hidung pulak*
budak : nose
saya : (ceh dia dok namakan apa yg saya tunjuk rupanya) *tunjuk mata*
budak : eye.
saya : very gooodddd. *senyum kelat* (hailaaaa camne nak buat ni)

masa awal2 mmg helpless. nak minta tlg org lain, semua org lain busy.. takde translator. last2 time lunch belajar malayalam dgn cikgu2 diorg dan jugak from postgrads lain. payah macam mana pun aku berjaya habis cek 237 org pelajar dgn hanya menggunakan limited malayalam!haha.. another nice experience :)







pada saya, camp adalah menakutkan at the same time sangat best. takut sebab macam ambil exam practical balik. all those years you learned in med school mmg akan digunakan di camp. di med school, u learn theoretically and exam-oriented. but in camps, u learn to diagnose, learn to interact with patients, u learn to see lots of patients in short amount of time, learn to give the best yet cheapest medication to the patients.

thank you Allah for such opportunity You gave me :)

** ubat ada 2 nama. masa UG kitorg belajar Generic name, tapi in practice we won't prescribe drugs based on generic names. Instead  we prescribe using their Brand Names.  satu ubat ada 1 generic names but can have hundreds of brand names depends on which company manufacture that particular drug.

Wednesday, June 22, 2011

why I love my room

From my room @ swathi building, Light House Hill Road 
 May 2008 

 September2008

From my room @Inland Ebony, Kadri 
 June 1st 2009

June 16th 2009

from my room @Lobo Prabhu court, Light House Hill Road

 June 4th 2011

 June 4th 2011

June 15th 2011

love.love.love. 
will try to take more pictures :)

Sunday, June 5, 2011

hari ini saya byk berfikir.

[queenstown skyline gondola, new zealand, Feb 22nd  2011]

mencari sudut mana yg boleh utk perbaiki diri
supaya diri ini layak menjadi surinya.

p/s : currently in holiday/vacation/jalan2 mode. but have no money, no company, and no nice place to go.

Saturday, June 4, 2011

[JK] edisi 2 : ketumbar vs saderi

bertemu kita sekali lagi dalam edisi kedua JK.
edisi lepas kita cakap pasal ikan.
kali ni kita bercerita pula pasal 2 jenis tumbuhan yg rupa dia lebih kurang sama.
selama 24 tahun hidup, tumbuhan2 ni la yg saya paling takut sekali kalau mak saya suruh g kedai beli.
pergh nasib baik dulu nenek ada tanam daun saderi ngn daun bawang depan rumah.
mana taknya, dari dulu, mmg saya tak boleh bezakan daun saderi dgn daun ketumbar.

okay. kenapa boleh confuse?
meh kita tgk rupa mereka.

ketumbar vs saderi



hah! mana satu daun saderi?mana satu daun ketumbar?
nak diparahkan lagi keadaan, dua-dua ni nama dia DAUN SUP. dulu nenek saya cakap daun saderi sama ngn daun sup, tapi bila check2 balik.. dua-dua daun sup. cuma kat malaysia, kita lagi guna daun saderi utk letak dlm sup. sbb tu kot nenek saya ckp saderi dgn sup tu sama.

jawapan :
2 atas daun ketumbar.
2 bawah daun saderi.

okay. sekarang mari kita bezakan.

1. dari segi rupa, mmg saya takleh bezakan. tapi apa yg saya perasan, daun saderi, daun2nya ada hujung yg lebih tajam kalau compare dgn daun ketumbar. itu dari segi rupa. saya tipu kalau saya kata saya x confuse.

2. nama mereka. ni boleh applikasi kalau beli kat Giant/Spar/Carrefour/Tesco je kot. sbb dia letak nama bahasa inggeris dia sekali. daun ketumbar lebih dikenali dgn nama Cilantro/coriander leaves/chinese parsley. nama scientific dia Coriandrum sativum. manakala daun saderi lebih dikenali dgn nama celery leaves/french parsley.biologist mungkin lebih mengenali mereka dgn nama Apium Graveolens.

3. bau.. yang ni lagi satu lagi benda yg subjektif. orang kata, bau daun ketumbar lagi kuat/lagi x best dari bau daun saderi. okay. no comment. nnt balik malaysia, saya g pasar tani pergi bau eh.

4. ketumbar ada buah berupa begini


celery pulak, kalau dia besar, batang dia akan rupa macam ni kalu dikerat. (siapa ingat pendidikan seni sekolah rendah dulu?angkat tangan!)

saderi takde buah, tapi dia ada biji/seeds yg rupanya macam ni..


mungkin setakat ini dulu utk edisi kali ni.
harap2 dapat la membantu anda semua.
kalau ada request utk edisi akan dtg boleh tulis kat part komen di bawah.
arigato ne!
moga2 kita sentiasa mendapat bimbingan drNya utk bertambah baik dr sehari ke sehari.