berkata tentang pisang beberapa minggu yang lepas,
saya teringin sangat tulis satu entri khas tentang pisang.
bukan kerana adik saya tersayang kat australia saya tu sukakan pisang yang teramat.
dan bukan juga mokmeng juga mungkin meminati pisang. eh anda kenal ke pun siapa mokmeng?
maka hari ni,selepas beberapa entri yang mungkin agak berat di mata, dihati mahupun di kepala anda sekalian, insyaAllah saya akan mengomel tentang pisang.
dari kecik sampai lah ke besar saya x pernah kenal jenis rupa bentuk pisang. satu je pisang yang saya kenal. namanya pisang tanduk. itupun kerana dia besar dan berupa macam tanduk..
setelah saya cari dan cari dan cari, baru saya tahu bahawa pisang yang bermacam-macam jenis tu, adalah berasal dari 2 jenis wild bananas;
Musa acuminata and
Musa balbisiana dan dari dua species ini, mereka hybrid dan hybrid sampai lah saintis pun dah taktau nak bagi taxonomy (scientific name) pada species-species pisang hybrid ni..
maka pisang-pisang yang kita makan tu adalah hasil kacukan yang akhirnya menjadi diploid, triploid ataupun tetraploid. Dan pisang-pisang di Malaysia, Indonesia dan Fillipina terlampau banyak sampai hanya beberapa je pisang yang ada international name.
Dan setelah buat "research" atas bantuan Encik gugel, saya baru tahu pisang terbahagi kepada 2. satu dinamakan "
plantain", satu lagi dinamakan
"dessert banana". Secara asasnya, "dessert bananas" ni boleh dimakan begitu sahaja, dan rasanya biasanya manis, lembut dan kurang kelat. Manakala "Plantain" pula adalah pisang-pisang yang biasanya berkulit tebal, keras dan perlu dimasak/direbus/digoreng etc sebelum dimakan.
thanks to
bananas.bioadversityinternational, I was able to find international names for some bananas :)
i provide the description like below ;
[picture]
#Malay Name [International Name]
-Cultivar group
-purpose
OK?
let's begin
1. Pisang Mas [ Sucrier/lady finger]
-Diploid AA
-dessert Banana
:: sesuai dgn nama Inggeris pisang ni, (sucrier is french word that means sugar), pisang ni kecil, biasanya dalam 4-5 inch, berkulit nipis berwarna kuning keemasan dan isinya manis. buah Pisang mas juga mudah lebam dan jadi hitam::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Pisang Kapas
-Diploid AA
-Dual purpose (dessert/cooking)
:: ada juga org panggil pisang kapas as pisang putar, as u can see in the picture pisang2 tu macam berputar kat tandannya. pisang kapas manis tapi tak semanis pisang mas, kulitnya juga berwarna lebih cerah dari pisang mas::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Pisang Berangan [Lakatan]
-Diploid AA
-dessert
:: buah pisang berangan selalunya bersaiz sederhana hingga besar. Kulitnya tebal, mudah dikupas dan berwarna yellow-orange bila betul-betul masak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.Pisang Buai [Robusta]
-Triploid AAA
-dessert
:: robusta banana banyak dijual kat spar. tadi saya nampak ada promo untuk robusta banana.
honestly saya tak reti bezakan robusta dgn lakatan, tapi saya rasa warna robusta lebih cerah berbanding lakatan, dan kulitnya tidak selicin lakatan. hurm boleh kira ke?::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Pisang Masak Hijau [Tall cavendish]
- Triploid AAA
-dessert
::okay yang ni tak tahu description dia. yang saya perasan, rupanya seperti pisang berangan tapi berwarna hijau walaupun sudah masak, hence the name::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Pisang Raja udang/pisang udang [Red, Rojo, Morado]
- Triploid AAA
-dessert
::pisang udang atau nama bahasa inggerisnya Red Banana, seperti namanya berwarna merah, the redder the fruit, the more carotene and the higher vitamin C levels it contains. jarang dijumpai di Malaysia, tapi saya sgt selalu nampak dijual di India ::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7.pisang Embun/pisang bunga [Gros Michel]
-triploid AAA
-dessert
:: di Malaysia, pisang embun lebih dikenali dgn nama komersialnya seperti pisang montel dan pisang comel. Buahnya bersaiz besar, isinya sederhana keras dan berkulit licin. buah pisang embun senang lembik::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8.Pisang rastali [latundan, Silk, Manzana]
-Triploid AAB
-dessert
:: The fruits are round-tipped with thin yellow skin that split once ripe. ramai orang senang terconfuse pisang rasthali dgn pisang berangan sbb features mereka yang sama kecuali, pisang rastali lebih pendek dari pisang berangan::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Pisang raja [Pisang Raja]
-Triploid AAB
-dessert
:: panjang buah pisang raja adalah lebih kurang 15cm, berkulit tebal, mudah dikupas jika masak. Isinya berwarna krim oren dan bertekstur kasar dan agak pejal.::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Pisang Tanduk [horn, Cuemo, Macho]
-Triploid AAB
-Plantain
:: seperti namanya, buah pisang tanduk adalah seperti tanduk. bersaiz besar, berkulit tebal dan isinya keras. Pisang tanduk adalah pisang terpanjang yang boleh mencapai 12-14 inch. satu sikat pisang tanduk, ada dalam 2-4 jejari buah sahaja::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11 Pisang Nangka [Laknau]
-Triploid AAB
-Plantain
:: pisang nangka mempunyai segi dan panjang (pisang awak dan pisang nipah bersegi tapi pendek). Pisang nangka remains green walaupun telah masak. Pisang nangka bertekstur halus dan sedikit masam rasanya.::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12. Pisang Awak [Pisang Awak]
-Triploid ABB
-cooking
::pisang awak rupanya seperti pisang nipah tetapi kurang bersegi compared to pisang nipah. kulitnya lebih nipis and has lighter shade of yellow compared to pisang nipah.pisang awak juga kadang-kadang mempunyai biji::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13. Pisang Nipah [Saba]
-Triploid BBB
-cooking
::The fruits are 8 to 13 cm long and 2.5 to 5.5 cm in diameter. Depending on the ripeness, the fruits are distinctively squarish and angular. The flesh is white and starchy, making it ideal for cooking pengat pisang and goreng pisang::
Tiba-tiba nak makan pengat pisang, cekodok pisang, goreng pisang, kek pisang.
Ada siapa-siapa nak tolong buatkan?
:P
p/s : kalau manusia boleh hasilkan pelbagai jenis pisang. (ye dgn kuasa Allah juga), Allah boleh jadikan pelbagai jenis manusia juga. moga kita tergolong dalam "species" manusia yang disukai olehNya.