Tuesday, March 13, 2012

keranaNya dua hati mampu menjadi satu

I onced asked myself,
and now,
Thank Allah.
I got the answer.
Bila hati-hati itu bertaut keranaNya..
2 jiwa yang berbeza caranya
boleh menjadi satu

Bila hati-hati itu dihubungkan melaluiNya
tidak semua perlu diungkai dengan kata-kata,
Kerana diam itu juga boleh menggambarkan sejuta makna.

Bila hati-hati itu berjanji untuk mendaulatkan syariatNya
walau sebesar mana pergaduhan itu pun,
masing-masing percaya bahawa mereka saling mahukan kebaikan untuk kedua-duanya.

Bila hati-hati itu disatukan di atas jalanNya,
perselisihan faham itu jarang sekali akan wujud
kerana tahu prasangka buruk itu adalah punca segalanya.

Kini aku tahu jawapannya,
Iman itulah penghubung dua hati.
Kerna ukhuwah tidak perlu diperjuangkan, ia lahir dari keimanan. 

No comments: